Wednesday, January 20, 2010

Argh...Bagai hilang segunung bebananku


(Salah satu beban yang terpaksa dipikul)

Gunung beban dan tekanan yang kupikul hampir berminggu bagaikan hilang hari ini... Terima kasih kawan... Aku tahu, kamu sentiasa wujud bila diri ini memerlukan..
Sebenarnya...aku sendiri tak tahu apa yang membebankan aku sekarang nie... Mungkin keadaan emosi yang agak tak berapa nak stabil ni yang buat aku jadi emosional sikit kot... Tapi yang aku pasti, minggu ini amat menyesakkan otak aku... Nak buat asigment (konon2 rajin la..hehe...) tak ada mood... Tapi aku cuba juga menggembirakan hati aku sendiri...
dan..
hari ni...aku rasa, hati aku makin lapang, dan beban-beban yang terpikul sejak berminggu nie... dah berkurang. Betul lah kata En. Shamsudin, kita berkomunikasi untuk meluahkan rasa, berkongsi pengalaman dan masalah dan yang lebih penting untuk mengeratkan hubungan... komunikasi aku hari ini cukup berkesan mengurangkan beban yang terpikul tanpa rela nie..

Terima kasih kawan kerana membuatkan hatiku mekar kembali...
semekar mawar putih ini...