Friday, October 30, 2009

KLiK! KliK! KLIK!















Indah sungguh kehidupan jika disulami dengan keikhlasan, keikhlasan tidak dapat dilihat melalui pandangan mata kasar..namun mata hati dapat merasainya. Rasa kecintaan lahir apabila hati ikhlas memberi segala sesuatu, menerima segala sesuatu tanpa sebarang rasa sangsi yang bersarang.. Kecintaan juga hadir tanpa paksaan, penuh kerelaan dan kadang-kala tanpasedar sang pencinta. Mencintai bererti memberi, berkongsi dan merasai segala sesuatu tanpa keraguan.. Namun keindahan cinta seringkali gugur tatkala keraguan muncul. Tatkala kesangsian bersarang di jiwa. Rasa sangsi wujud bila rasa cinta makin menebal, sangsi akan kejujuran, sangsi akan keikhlasan, sangsi akan kerelaan. Rela menerima segala sesuatu tanpa perlu sebarang balasan..itulah cinta sejati. Sukar dicari dan sukar jua dimiliki.. Mencari cinta sejati ibarat menerjah mutiara dalam tsunami jiwa bergelora..

Thursday, October 29, 2009

semalam, hari ini dan masa depan














Semalam
langkah longlai menghambat keresahan
resah menanti sebuah jawaban
lelah merungkai sebuah kepastian
namun jawaban masih kekaburan

hari ini
resah semalam masih berbaki
meninggalkan parut kepiluan
menyesak nafas helaan
lelah masih berkesan

masa depan
masih kesamaran
resah semalam kian membeban
kaki longlai menuju pengakhiran
rebah tersungkur
di balik kekesalan

Monday, October 26, 2009

SeiRing BersaMakU


aku, kamu dan dia
penyeri kehidupan
perungkai kasih sayang
penyemai benih????
benih apa ya!!!!
ermm... susah nak diungkap dengan kata-kata..
siapa dah cuba tau la dia..
benih apa sebenarnya..hehe
dari mana kasih sayang bermula..
ada yang kata..dari mata turun ke hati..
ermm... terpulang pada individu nak mendefinisikannya..
kadang2 tanpa kasih sayang pun benih boleh tersemai..
cuba lihat orang dulu2..tanpa cinta..tanpa kasih sayang..
diorg berkahwin..
anak berderet2..
10, 11,12..dan ada yang mencecah 20..
hanya bermodalkan seorang ibu dan seorang bapa.
jadi.... perlukah cinta untuk menyemai benih kasih sayang???

Sunday, October 25, 2009

aku dan kamu


ruang waktu bertemu
menghambat rindu di kalbu
mengheret pilu hatiku
rebah dalam denai air mata
songsang ditiup angin kecewa
lara menghiris rasa tersisa
pilu menyegat sendu
angin lalu berbisik padaku
rindu kamu
rindu itu
rindu menghanyut diriku
terdampar di situ
di kamar baldumu

Sunday, October 18, 2009

Mas Adeki : Gurindam kembali bernyawa

Gurindam? ape gurindam itu... ha, inilah salah satu tinggalan nenek moyang yang telah usang ditelan peradaban. Hari ini, kami ditemukan dengan seseorang yang ku kira cukup hebat. Pemberi nafas baru kepada gurindam dan membuatkan gurindam kembali bernyawa. Mohd Sidek Mohd Dollah atau lebih dikenali dengan nama penanya.. Mas Adeki. Antara Guridam hasil karya beliau ialah Gurindam Guru Sejati.. aku cukup suka dengan bait-bait kata yang terdapat dalam gurindam ini.. bagaikan dikhaskan untuk kami bakal guru... hehehe...

guru sejati senyum mesra,
sentiasa menggunakan budi bicara.

senyuman dipapar menawan hati,
tutur katanya penuh bererti.
(karya Mas Adeki, Kuala Lumpur)

menurut Mas Adeki lagi, bukan susah untuk mencipta gurindam..
asal rima akhirnya sama, sudah dapat hasilkannya..
hehehe... nak hasilkan gurindam??
huhuhu...

anak bilis terkejar-kejar,
maafkan hamba tumpang belajar.

guru bitara guru sejati
mengajar murid penuh dedikasi.

hehehe...ha, boleh tak nie? boleh la kan...


Saturday, October 17, 2009

sebuah pengharapan..


Sebuah pengharapan dalam sebuah perhubungan.. aku hanya insan kerdil,hanya menagih kasih mengharapkanmu.. mengharapkanmu untuk menjadikan aku seorang insan yang bahagia dengan rasa cinta, bahagia dengan rasa dicintai dan menyintai..
Namun, cukup sukar meniti sebuah kebahagian jika tanpa secalit kekecawaan di jiwa..
Tuhan, mengapa aku selalu diduga?
mengapa kesabaranku diuji?
mengapa...
Ya...memang dia cinta pertamaku dan aku juga mengharapkan tiada cinta lain lagi di hati ini..
tapi.. mengapa setiap kali aku ingin cuba mengecapi manisnya rasa cinta itu, setiap kali itu juga racun kekecewaan wujud..
mengapa...

Friday, October 16, 2009

tinta jiwa...


Keluarga besarku... sayang kamu..
(Sambutan Hari Keluarga Tok Wan Kali ke-2 2009)
membesar sebagai puteri kedua cukup mematangkan aku.. bersama keluarga,bersama didikan,bersama kasih sayang... cukup.. kukira cukup mematangkan aku kini.. Ma, Pa... kau lah ibu bapa terbaik yang wujud di dunia ini.. Ma, terima kasih kerna melahirkan aku dan Pa, terima kasih kerana membesarkan aku dalam sebuah keluarga yang cukup segala-salanya.. cukup indah dilahirkan dalam keluarga besar ini... ramai saudara mara, penyeri hidupku... Tok Wan, atok kesayanganku telah hampir tiga tahun kau meninggalkan kami di sini...Alfatihah buatmu Wan aku panjatkan.. semoga rohmu ditempatkan di tempat yang telah dijanjikan-Nya.. kangan sungguh aku padamu..meniti hari-hari tanpamu di sisi cukup memeritkan.. segala nasihatmu ku jadikan peneman hati ini.. sungguh... tiada atok sepertimu.. Wan...aku rindu... tiada lagi gelak ketawamu, tiada lagi teguranmu... ah...rindunya aku....aku berharap kau bahagia di situ..Amin..

Thursday, October 15, 2009

seribu duka penghias kalbu


argh...
cemburunya aku melihat alam ini...
lengkap..
bahagia, duka, manis, air mata...
semua bersatu bagaikan punya perkaitan..
lengkap menghiasi alam...aku juga satu daripadanya.
Duka semalam terselit jauh nun di sana.
Perlu wujud, namun perlu juga seiring bahagia..agar kita tahu, wujudnya bahagia selepas tenggelamnya air mata.. terbit sayang bila renyai kebencian hilang..


Penantian: Pasti atau kepastian?


penantian memerlukan kepastian atau untuk kepastian??
argh... begitu sukar untuk mengerah keringat akal mencari jawapannya.. setiap insan punya alasan tersendiri... aku? ya, aku juga punya alasan tersendiri. kadang-kala aku meratap mengalirkan air mata bagi mencari sesuatu kepastian.. penantian dalam pencarian tersebut adakalanya aku membuatkan aku tersungkur, rebah dalam lembah kepiluan. Rebah dalam tangisan kekecewaan.. sukar. sukar mencari sebuah kepastian yang masih belum pasti.