Tuesday, October 11, 2011

Terima Kasih Tuhan

Terima Kasih Tuhan...
terima kasih kerana mencipta aku sebagai manusia yang tabah
dan aku rasakan ketabahan hatiku semakin menggunung saat aku lihat semuanya... Iya, aku bersyukur saat ini... kerana aku tak perlu lagi basahkan pipiku dengan air mata kekecewaan... Jika hujan air mata turun di pipiku... itu semua kerana kerinduaanku padamu Tuhan...

Ya Allah...
Terima kasih... Hambamu bersyukur kerana tika dan saat ini, dia masih lagi wujud bersamaku... Terima Kasih Ya Allah kerana ciptakan dia untukku.. dan aku tahu... dia sememangnya akan sentiasa menerima aku yang serba kekurangan... penuh dengan dosa dan noda...

Tuhan...
Terima kasih kerana tunjukkan aku segalanya... Ya, aku tahu... dia boleh hidup tanpa ku...Terima kasih kerana berikan kebahagiaan itu kepadanya dan menjaga dia untukku..
Semoga Engkau sentiasa melindunginya... Semoga Engkau hapuskan segala keperitannya dan semogo Engkau campakkan rasa bahagia di hatinya...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Menyintai-Mu sememangnya tiada tolok bandinganya....Tiada yang melebihi kuasa cinta-Mu Ya Allah... Alhamdulillah... aku ingin sentiasa di jalan-MU Tuhanku...
Semoga hatiku lebih tabah dan biarlah rasa cinta yang wujud ini hanya untuk menuju jalan-Mu Tuhanku.... Amin...






CoRetaN Qisya... (",) bersama selamanya

No comments:

Post a Comment

sayang selalu...(",)