Thursday, April 22, 2010

MALAM INI

Tiba-tiba je malam ni Cik Qisya rasa nak menceretkan sesuatu. Al-maklumlah, dah tiga hari berhempas pulas memerah keringat + otak semata-mata untuk meyakinkan diri ketika berada di dewan exam. Hehe... Yakin ke Cik Qisya oi... Huhu... (Tak ada la yakin sangat, cuma ingin menyedapkan mulut menutur ayat di samping memaniskan telinga dengan halwa rasa daripada mulut ni... ) Tapi tak mengapa, sekadar memaniskan bicara.

Mata... Siapa kenal mata? uhuk... soalan apakah ini.... Semua orang kenal dan tahu apa itu mata. (kecuali mereka yg tergolong dalam golongan istimewa yg tak dapat melihat.)










...Mata siapa la ni erk...

Mata? apa kene mengena plak entry nie ngan mata... Begini ceritanya....

Dalam sedap kaki melangkah keluar dari dewan peperiksaan petang Selasa lalu, aku terpandang sesuatu... Ya.. Sesuatu.. Sesuatu yang tanpa segan silunya menjamah mataku.. Argh... Rindunya aku pada 'sesuatu itu'. Melihatnya mengingatkan aku kepada pemiliknya. Mata terus menyentuh kenangan lampau... Kata orang dari mata turun ke hati. Ermm...betul ke.. dan dari hati akan turun ke mana? ke perut? ke kaki? ish... tak la...dah sampai kat hati, semestinya akan terus melekat kat situ la.. Itu la penangan mata. Walaupun pencainderaku yang amatku sayangi ini kurang dapat memainkan peranannya sebaik mungkin, aku tetap menyayanginya. Kerana dengan mata ini aku masih mampu mengenali 'sesuatu itu'.. (walaupun dalam kerabunan... sbb aku terlupa nk pakai alat bantuan penglihatanku... hehehe).

Apa 'sesuatu itu'? biarlah ia terus menjadi tanda tanya di semua benak kalian yang ingin mengetahuinya. Aku pasti dan aku akur dengan ketentuan yang ditetapkan-Nya... mungkin jodohku dengan 'sesuatu itu' tidak panjang... Walaupun tak dapat aku sentuh dengan tangan, namun cukuplah sekadar aku menyapa dengan mata ini... dan aku tahu... 'sesuatu itu' masih wujud bersamamu..

No comments:

Post a Comment

sayang selalu...(",)