Friday, April 16, 2010

sunyi kembali bertaut...



hati berbicara tentang rasa
hati berbicara tentang jiwa
hati juga berbicara tentangmu...

ingin sekali aku menjerit memanggil namamu..
ingin sekali aku luahkan segala rasa ini...
ingin sekali aku laungkan perit ini..
ingin sekali aku...

namun
aku tahu...

kau tidak mendengarnya
kau tidak memahaminya
kau tidak perlukannya

aku kini di lorong kelam..
aku kini di lembah debu
aku kini di padang tandus

kering...
tanpa ada bahagia
tanpa ada sinar cahaya
tanpa ada bayang rasa itu...

air mata lagi temanku malam ini
desir angin sepi lagi temanku kini..
sayu cengkerik lagi peneman lenaku tika ini...

kenapa????? mengapa merana yang kerap singgah di hati ini....

2 comments:

  1. kerana apa yg kita harapkan... kerana tiada yg mengerti.....kerana kita hanya manusia....seuma itu adalah hidangan hidup dalam menempuhi kedewasaan....

    ReplyDelete
  2. kesunyian mengajar kita erti kehidupan..erti insan bernama kawan... kadang kala kita lupa akan kewujudan insan bernama sahabat...kadang kala kita juga lupa akan insan bernama teman...kerana kealpaan kita itu lah kita dipertemukan dengan sebuah kesunyian...agar kita tahu menghargai insan2 tersebut.....(".)..

    ReplyDelete

sayang selalu...(",)