Tuesday, October 18, 2011

knapa bahagia itu masih lagi tidak bersamaku..

mencuba dan terus mencuba...
namun setiap kali itu juga aku rebah...
rebah!!
bilaku bangkit untuk terus melawan rasa sakit itu..
aku jatuh lagi... jatuh dan terus jatuh...
aku rasa ingin sahaja berhenti di sini...
terlalu letih kurasakan...
tiada dahan untuk aku bertahan...
setiap kali jatuh...ku rasakan seperti dipijak2 oleh ego mu...
sayang...jika aku yang kau inginkan...
terimalah aku seadanya...
aku sudah berusaha untuk menyayangimu..
aku sudah cuba menyintaimu sepenuhnya...
namun...aku masih lagi dipersalahkan...
sakit setiap kali ku jatuh...
tolong... sekiranya aku yang kau mahu...
terimalah aku seadanya sayang...
kerana aku telah cuba untuk menjadi lebih baik..



CoRetaN Qisya... (",) bersama selamanya

Tuesday, October 11, 2011

Terima Kasih Tuhan

Terima Kasih Tuhan...
terima kasih kerana mencipta aku sebagai manusia yang tabah
dan aku rasakan ketabahan hatiku semakin menggunung saat aku lihat semuanya... Iya, aku bersyukur saat ini... kerana aku tak perlu lagi basahkan pipiku dengan air mata kekecewaan... Jika hujan air mata turun di pipiku... itu semua kerana kerinduaanku padamu Tuhan...

Ya Allah...
Terima kasih... Hambamu bersyukur kerana tika dan saat ini, dia masih lagi wujud bersamaku... Terima Kasih Ya Allah kerana ciptakan dia untukku.. dan aku tahu... dia sememangnya akan sentiasa menerima aku yang serba kekurangan... penuh dengan dosa dan noda...

Tuhan...
Terima kasih kerana tunjukkan aku segalanya... Ya, aku tahu... dia boleh hidup tanpa ku...Terima kasih kerana berikan kebahagiaan itu kepadanya dan menjaga dia untukku..
Semoga Engkau sentiasa melindunginya... Semoga Engkau hapuskan segala keperitannya dan semogo Engkau campakkan rasa bahagia di hatinya...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Menyintai-Mu sememangnya tiada tolok bandinganya....Tiada yang melebihi kuasa cinta-Mu Ya Allah... Alhamdulillah... aku ingin sentiasa di jalan-MU Tuhanku...
Semoga hatiku lebih tabah dan biarlah rasa cinta yang wujud ini hanya untuk menuju jalan-Mu Tuhanku.... Amin...






CoRetaN Qisya... (",) bersama selamanya

Saturday, October 8, 2011

Tuhan... aku mohon... tenangkan hatiku...
jika dia sememangnya tercipta untuk ku..
permudahkan lah segalanya agar dia menjadi kekasih halalku..
yang bersatu hanya kerana CINTAMU Ya Allah...
Jika aku rusuknya...
tetapkanlah aku menjadi rusuknya...
dan jika aku sememangnya tercipta untuk mengisi ruang hatinya...
lapangkanlah hatiku supaya semua ruang ini untuk CINTAMU Ya Allah..
Permudahkanlah segalanya..




CoRetaN Qisya... (",) bersama selamanya